Pengalaman dan kemahiran kami lebih dari 50 tahun dalam bidang LASIK

Pusat Lasik dan rawatan mata Rutnin-Gimbel

Kerjasama dua institusi lasik utama yang pegang teguh dengan standard rawatan dalam tahap yang tinggi untuk mencapai kualiti rawatan yang terbaik.

Pusat Lasik dan rawatan mata Rutnin-Gimbel adalah pusat rawatan mata antarabangsa hasil daripada kerjasama antara Hospital mata Rutnin ,Thailand dan Pusat Mata Gimbel ,Kanada.

Hospital Mata Rutnin adalah hospital swasta rawatan mata yang pertama di Thailand yang terkenal dan berpengalaman lama lebih dari 50 tahun, dimana pembedahan Excimer laser refraktif telah digunakan buat kali pertama sejak tahun 1992.
 

Manakala Institut Mata Gimbel adalah sebuah firma global yang pakar dalam rawatan gangguan penglihatan (Pembedahan Biasan) dan yang menentukan standard rawatan Lasik dalam semua cawangan Gimbel di seluruh dunia. Ia juga merupakan institusi pertama yang memulakan penggunaan pembedahan Excimer laser refraktif di Amerika Utara sejak tahun 1990.
 

Kini Pusat Lasik dan rawatan mata Rutnin-Gimbel adalah pusat lasik yang pertama di Thailand dan satu satunya yang menawarkan semua rawatan alternatif selain pembedahan laser sperti Femto LASIK , LASIK ,PRK ,Kanta implan ,Kanta intraocular , cincin kornea Ferrara dan rabun tua, untuk rawatan mata yang paling sesuai dengan ciri-ciri setiap mata  , dengan mempertimbangkan kualiti dan keselamatan adalah penting. Dan juga dengan gabungan dari pasukan pakar mata dari Hospital Mata Rutnin yang pakar dalam Lasik dan pembedahan refraktif lebih dari 22 tahun.

 

Ia juga merupakan pusat lasik yang pertama di Thailand yang memiliki alat "Platinum Zyoptix 100" teknologi pertama di dunia yang menggunakan biometrik iris mata dan pengesanan 3D bagi mencapai ketelitian yang tinggi dan keselamatan dalam operasi LASIK dimana teknologi ini telah disahkan selamat oleh U.S. FDA.
 

Di samping itu, disana terdapat  kakitangan dan penterjemah yang pakar dan berpengalaman dalam memberi nasihat dan penjagaan dalam semua peringkat rawatan dengan perkhidmatan standard antarabangsa ISO 9001: 2008.