Pengalaman dan kemahiran kami lebih dari 50 tahun dalam bidang LASIK

   Testimoni dari pesakit

 

Pembedahan PRK untuk dua mata
Mr.Mohammed Salem Al Ketbi
Negara: Emiriah Arab Bersatu

"Muamalat Dr. Wanchai sangat bagus.Saya berterimakasih atas pembedahan beliau. Beliau sangat berpengalaman dan pantas rawatan serta tepat.Saya tidak menghadapi apa-apa masalah dan juga tidak merasa penat.Bahkan di mata saya tidak menjadi merah seperti biasa selepas pembedahan.
Saya menyarankan kepada semua untuk menerima rawatan dari Dr. Wanchai."

 

Pembedahan Cincin Kornea Ferrara (Ferrara Ring) untuk dua mata
Mr.Abdullah Ahmed Saeed
Negara: Oman

"Saya datang ke hospital buat kali pertama untuk memeriksa mata saya kemudian ternyatalah bahwa mata saya menghadapi penyakit Mata Keratoconus. Kata Doktor saya mesti menjalani  pembedahan bagi kedua-dua mata saya. Kemudian hospital membuat janji selepas tiga bulan untuk pembedahan.
Saya bersyukur atas kejayaan pembedahan pada mata kanan saya .

Manakala mata yang kedua adalah selepas tiga bulan lagi. Segala puji bagi Allah, mata kiri saya juga telah berjaya . Salam bagi semua.
Abdullah Ahmed Saeed
Pembedahan dilakukan oleh Dr. Pattaramon.
"

 

Pembedahan Cincin Kornea Ferrara (Ferrara Ring) untuk satu mata
Mr.Salman Sheragh Mohamed Shambeh
Negara: Emiriah Arab Bersatu
 

"Sebelum pembedahan mata kanan saya telah mengalami banyak penderitaan ,saya tidak dapat melihat apa-apa huruf. Bahkan saya sukar melihat dalam jarak jauh maupun jarak dekat. Tahap penglihatan saya adalah sangat lemah sekali. Jadi saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan pada mata kanan saya.
Saya bersyukur kepada Tuhan atas kejayaan ini dan juga kepakaran doktor.
Sekarang penglihatan saya lebih baik ,di mana saya boleh melihat semua huruf dari jauh maupun dekat.
Saya juga berasa sangat selesa .Tak ada kata yang lebih indah selain Alhamdulillah."

 

Pembedahan Lasik untuk dua mata
Mr. Hassan Ali Abdullah Khaseif Al Hamoudi
Negara: Emiriah Arab Bersatu

"Syukurlah pembedahan itu telah selesai dengan berjaya . Perkhidmatan mereka sangat baik. Lebih lebih lagi saya tidak merasa apa-apa kesakitan ,saya bersyukur.
Saya mengucapkan ribuan terimakasih atas penjagan dan layanan yang baik kepada saya."


Pembedahan Lasik untuk satu mata
Mr. Wael Mohammed Hassan Mekawy
Negara: Egypt /Qatar

"Saya mengalami masalah rabun mata,oleh itu saya datang ke sini dan sesungguhnya saya medapat penjagaan yang baik, pemeriksaan mata yang tepat dan sesuai .

Sebenarnya saya mahu menjalani pembedahan Femto Lasik tetapi doktor Chatchomphoo nasihatkan saya menjalani pembedahan lasik biasa sahaja ,walaupun costnya lebih murah sekalipun ,itu kerana mereka lebih tumpu pada kualiti dan nama baik mereka. Duit bukan jawapan akhir mereka.
Dan akhirnya berjayalah pembedahan dengan kemurahan Tuhan dan alhamdulillah saya dapat lihat dengan bagus dengan kehendak Tuhan.
Dan ini adalah sijil penghargaan daripada saya."